Kamis, 09 Mei 2013

Kayu Kokka



  Kayu kokka adalah tidak asing lagi bagi masyarakat islam khususnya, bahkan pada masa ini berbagai jenis produk telah dihasilkan daripada kayu tersebut, antaranya seperti tasbih, cincin, minyak dan yang terbaru adalah pati untuk diminum. Walaupun tiada dalil al-quran dan assunnah tentang menerangkan khasiat kayu kokka ini. Namun kajian saintifik menunjukkan kayu kokka ini adalah kayu yang paling bermutu tinngi.



  khasiat kayu kokka sebagaimana disebut dalam buku "Mushaf * Tasbih * Tongkat - Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Wad daulah" susunan Pehin Mufti Negara Brunei Darussalam, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (mufti sekarang ini) yang diterbitkan pada tahun 2001 oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pada halaman 235 - 236 dinyatakan:-  

  Terdapat tiga jenis kayu kokka asli, yaitu Kokka Nigeria, Kokka Iran dan Kokka Turki. Kayu Kokka dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antara lain khasiat tasbih kayu kuka ini adalah seperti berikut: 

1. Termakan santau atau terkena racun rendamkan ke dalam air 1-3 menit dan beri minum, insya Allah sembuh.
2. Yang memilikinya insya Allah aman dari ancaman dan gangguan berbagai jenis makhluk
3. Anak terkena Sawan tidak dapat tidur rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum dan usapkan ke wajah dan kepalanya insya Allah akan tidur.
4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
6. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah hilang segala bisanya.
7. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
8. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
9. Akan lebih bagus lagi bila tasbihnya dibawa untuk Berzikir dan beribadah kepada Allah SWT
10. Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.



* Sekiranya tasbih kuka diletakkan berhampiran ular berbisa seperti tedung dan senduk, ular akan lemah kerana tulang belikatnya patah. 

  Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagi pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini, dan telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat dari bahan kayu Kokka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar